|
Tsunami di Asia : Mengapa tiada amaran?
Dengan jumlah kematian yang menggerunkan dan kemusnahan terus-menerus menggunung di selatan Asia, semakin ketara kepada kita bahawa nyawa mungkin berupaya diselamatkan jika telah ada satu sistem amaran tsunami sejak dulu. Dengan hanya pemberitahuan seawal 15 ke 30 minit, dan arahan jelas untuk bergegas, ramai orang yang tidak mengerti apa yang berlaku, atau bagaimana hendak bereaksi, mungkin dapat lari menyelamatkan diri.
Tsunami dan gempabumi yang memulakannya merupakan fenomena semulajadi. Walaupun gempabumi tidak dapat diramalkan, ia boleh dikesan dengan cepat. Tambahan pula, jika peralatan saintifik yang sesuai dimiliki, pembentukan tsunami juga boleh dikesan dan laluannya yang mungkin dapat diramal malah ditandakan.
Satu sistem amaran tsunami telah wujud di Lautan Pasifik sejak akhir 1940an. Ia kemudiannya dinaiktarafkan selepas satu ombak besar, yang dijana oleh satu gempabumi yang amat kuat, membunuh lebih dari 100 orang di Alaska pada 1964.
Sebagai tambahan kepada peralatan seismologi yang mengenalpasti gegaran, satu rangkaian pengukur paras laut dan pengesan laut dalam atau “tsunameter” yang dihubungkan melalui satelit kepada stesen-stesen pengawasan dua puluh empat jam berpengkalan di Hawaii, Alaska dan Jepun.
|