|
Sejarah Kejadian Tsunami
1964 Tsunami Melanda Pantai Barat Amerika Utara
Tsunami di Amerika Utara dikenali sebagai Good Friday Tsunami khususnya di Negeri Alaska, telah dilanda oleh tsunami yang lebih dahsyat pernah berlaku di benua Utara Amerika. Pada 28hb Mac, 1964, Amerika Syarikat mengalami gempa bumi yang paling besar dalam sejarah berdekatan Fjord Kolej di Prince William Sound pantai Alaska yang berukuran 9.2 skala Richter. Gempa bumi tersebut berlaku dalam tiga hingga lima minit dalam kebanyakan kawasan dengan goncangan lantai laut mengakibatkan tsunami-tsunami yang besar.
Walaupun gempa bumi telah mengakibatkan beberapa kemusnahan, kebanyakan kematian dan kerosakan harta-tanah telah diakibatkan oleh tsunami Kawasan perkampungan Girdwood, Portage, Vladez, dan beberapa perkampungan orang pribumi di pantai Alaska telah di musnahkan.
Terdapat sejumlah 106 orang terbunuh di Alaska yang disebabkan oleh ombak tsunami yang setinggi 4.5 meter (38 kaki) Tsunami tersebut bergerak ke Selatan sepanjang pantai barat memberi kesan di kawasan British Columbia, Canada. Pantai Utama dan Pulau Vancouver telah terjejas di mana rumah-rumah kelihatan telah dihanyutkan keluar ke laut. Kesan kemusnahan juga dirasakan di Bandar Crescent, California di mana 11 orang kehilangan nyawa mereka. Bahkan di Hawaii, kilometere jauh merosakan kesan tsunami tersebut.
2004 Asia Selatan dan Afrika Timur
1998 Papua New Guinea
1976 Filippina
1964 Pantai Barat Amerika Utara
1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik
1896 Jepun
1883 Indonesia
1755 Portugal dan Europah
|