|
Sejarah Kejadian Tsunami
1896 Tsunami Melanda Jepun.
Pada 15hb Jun, 1896, gempa bumi terjadi di pingir laut berdekatan dengan Bandar pelabuhan Sanriku, Jepun. Gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 skala Richter telah mencetus kejadian tsunami besar yang melanda Bandar tersebut mengakibatkan 26 orang mati. Ombak-ombak tsunami mencapai ketinggian 25 meter (80 kaki) di mana ribut tersebut melanda kumpulan manusia di bandar itu yang sedang merayakan perayaan keagamaan.
Tsunami juga telah kelihatan sepanjang Pacifik, di Hawaii dermaga-dermaga dimusnahkan dan beberapa rumah di hanyutkan keluar ke laut. Di California, ombak setinggi 9.5 kaki menurut San Francisco Chronile pada 16hb Jun, 1896. Tsunami Sanriku ini telah memberi dorongan untuk membuat kajian mengenai tsunami di Jepun. Apa yang luarbiasa mengenai bencana ini ialah saiz tsunami adalah lebih besar daripada yang disangkakan dari saiz gempa bumi yang berukuran 7.2 skala Richter.
Pada masa gempa bumi, tsunami Sanriku, satu kejutan yang agak lemah dirasakan, diikutan oleh goncangan yang sangat perlahan yang berakhir kira-kira 5 minit. Kira-kira 35 minit selepas gempa bumi, tsunami besar sampai ke pantai Sanriku.
2004 Asia Selatan dan Afrika Timur
1998 Papua New Guinea
1976 Filippina
1964 Pantai Barat Amerika Utara
1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik
1896 Jepun
1883 Indonesia
1755 Portugal dan Europah
|