|
Sejarah Kejadian Tsunami
1883 Tsunami melanda Indonesia.
Letupan gunung berapi Krakatoa merupakan salah satu daripada bencana alam yang sangat hebat yang penuh direkodkan dalam sejarah. Pada 26hb, ogos, 1883, gunung berapi Krakatoa meletup dengan kehebatan berbahaya dahsyat, meniupkan “magina hamber’ dari bawah tanah yang bertimbun dan lantai laut jatuh ke dalamnya. Kebanyakan pulau berdekatan musnah tenggelam ke dasar laut. Akibat daripada kejadian gunung berapi tersebut, telah menyebabkan beberapa ombak-ombak tsunami yang besar, ada yang mencapai ketinggian 40 meter daripada paras laut.
Walaupun tidak terdapat seorang pun mati akibat letupan yang awal, tsunami yang di hasilkan telah mengakibatkan lebih 36,000 manusia mati, dan melenyapkan beberapa perkampungan termasuk Telok Batong di Sumatera, dan Sirik dan Semarang di Jawa. Ombak-ombak tsunami kelihatan sepanjang lautan, Hindi, Lautan Pacifik, pinggiran pantai Barat Amerika, Amerika selatan, dan juga sejauh Terusan Inggeris. Berhadapan dengan pantai Jawa dan Sumatra air laut membanjiri berbatu-batu ke kawasan pendalaman dan mengakibatkan kemusnahan besar terhadap hidup dimana satu tempat tidak pernah diduduki semula tetapi berbalik menjadi hutan dan sekarang menjadi kawasan simpanan Ujung Kulan.
Kapal-kapal sejauh di Afrika selatan bergoncang apabila tsunami-tsunami menghempas mereka, dan bangkai-bangkai mangsa kelihatan terapong-apong di laut beberapa minggu selepas kejadian itu. Juga terdapat beberapa dokumentasi melaporkan kumpul-kumpulan tulang rangka manusia terapong-apong di sepanjang Lautan Hindi atas rakit batu apung gunung berapi dan menuju ke pantai Timur Afrika sehingga setahun selepas kejadian letupan tersebut.
2004 Asia Selatan dan Afrika Timur
1998 Papua New Guinea
1976 Filippina
1964 Pantai Barat Amerika Utara
1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik
1896 Jepun
1883 Indonesia
1755 Portugal dan Europah
|